Nuffnang Bersama Anda

Pulut Itam Jadi bubuq




Bahan-bahan ( sekeluarga )

300 gm Pulut Hitam
1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
1 tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (kalau ada)
segenggam sagu (kalau suka)
susu segar
sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara

Rendam pulut hitam semalaman
Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
Masukkan daun pandan yang disimpul.
Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

gua.....

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Pulut Itam Jadi bubuq"

Post a Comment