Pulut Itam Jadi Kek
Posted in | 9:47 AM
Cam mana pulak pulut itam ni jadi kek..ni la kreatifnya tukang masak..
rasanya resepi cam buat kek biasa jer...tapi letak pulut itam...jadi la kek pulut itam....kuang..kuang..kuang
gua....
Pulut Itam Jadi Seri MuKa
Posted in | 9:35 AM
Bahan-bahan
150 g pulut hitam }rendam
300 g pulut putih }semalaman
1 sb garam
2 cawan santan cair
Serikaya A:-
4 biji telur
50 g tepung beras
2 cawan santan pekat
150 g gula halus
1 sk pewarna hijau
Serikaya B:-
4 biji telur
3 sb tepung gandum
3 cawan santan pekat
200 g gula halus
1 sk pewarna kuning
(gunakan 3 biji kelapa utk mendapatkan santan pekat dan cair)
Cara-cara
Satukan bahan2 pulut dan dikukus hingga masak dan ditekan rata didalam loyang.
Satukan bahan serikaya A,tapis dan masak hingga pekat sedikit dan tuang ke atas pulut tadi dan kukus 15 min atau hingga masak.
Sementara itu adun serikaya B seperti serikaya A tadi dan tuang ke atas serikaya A yg sedang dikukus dan kukus lagi hingga 20 min.
Ketika mengukus kedua2 lapis serikaya,api hendaklah sederhana besar supaya permukaan kuih menjadi rata dan tidak menggelembung.
Dari mula mengukus kuih,penutup kukusan hendaklah di balut dgn kain supaya air wap tidak menitik di permukaan kuih.
Sejukkan kuih sebelum memotongnya.
gua....
Pulut Itam Jadi Koi Koci
Posted in | 9:25 AM
Bahan2: untuk tepung
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air ( anggaran)
Cara2:
Campurkan semua bahan & bancuh sehingga buleh dikepal.
Bahan2: untuk inti
2 cawan kelapa parut putih
(aku pakai desiccated coconut)
1 cawan gula merah
1 cubit garam
1 sudu besartepung gandum
1/4 cawan air
Cara2:
Gaulkan kelapa bersama gula merah & garam. Masukkan air. Kemudian, masak atas api sehingga agak kering. Kemudian masukkan tepung gandum. Fungsi tepung gandum dlm inti ialah untuk bagi dia senang dibulat2kan.
Bila tepung dan inti dah siap...buleh la mula membentuk. Amik sedikit tepung dan bulat2kan.Leperkan atas tapak tangan yg dan masukkan inti yg sudah siap2 dibulat2kan juga. Tutup tepung rapat2 & bulat2kan. Potong daun pisang dlm bentuk bulat kemudian, buat bentuk kon. Masukkan tepung & inti tu dan bungkuslah.Kukus dlm 25 minit cenggitu.
Tips: Selalunya orang kampung akan rendam dlm minyak tepung yg sudah dibubuh inti.Minyak tu aceli untuk tak mau bagi kuih melekat kat daun.
gua....
Pulut Itam Jadi bubuq
Posted in | 9:17 AM
Bahan-bahan ( sekeluarga )
300 gm Pulut Hitam
1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
1 tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (kalau ada)
segenggam sagu (kalau suka)
susu segar
sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara
Rendam pulut hitam semalaman
Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
Masukkan daun pandan yang disimpul.
Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.
gua.....
Cerita Pulut itam
Posted in | 9:07 AM
Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut udang. Pulut hitam pula jenis pulut yang terlalu istimewa.
Kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.
gua.....